Drawing Flower Using Straw (Softskills)
19 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2024, NADI Batas Lintang telah mengadakan aktiviti softskills iaitu Drawing Flower Using Straw. Antara bahan yang diperlukan ialah straw, kertas A4, berus warna dan water colour. Aktiviti yang ringkas dan mudah ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti kanak – kanak dalam melakar bunga menggunakan straw dan dapat mengisi masa lapang dengan baik bersama rakan – rakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti ini di rumah kerana bahan penggunaan yang sangat mudah didapati dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: